Ia merosakkan mental: Nazim Othman

Seiring dengan peningkatan usia, Nazim Othman mengakui berjaya mengawal sikap panas barannya.

Kini, selebriti berusia 34 tahun ini selesa mengambil pendekatan yang lebih berdiplomasi.

"Saya akui dulu saya memang cepat marah dan melenting. Lagi-lagi, sebelum umur saya menginjak 30 tahun.

"Tapi, as time we grow up, perspektif saya pun berubah terutama selepas sembuh daripada penyakit.

"Dan... saya sangat bersyukur," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran telenovela, Mona Lisa.

Bahkan, pelakon rantaian lara Aishah ini juga bersikap positif apabila berhadapan dengan pelbagai tekanan.

"Lumrah manusia. Orang kata kita kena positif jangan negatif tapi itu tak bermakna orang yang positif tiada langsung perasaan negatif.

"Cuma, orang positif tak akan membenarkan perasaan negatif itu berlarutan selamanya kerana ia akan merosakkan mental.

"Jadi, jika saya tertekan, saya tak boleh membenarkan ia terus berpanjangan. Saya perlu mengawalnya," katanya.

Susulan itu, suami kepada aktres Bella Dally ini mengakui kesihatan dari segi mental lebih penting berbanding fizikal.

"Kalau kita sihat di luaran, tetapi mental kita suffer, automatik kita pun akan rasa terkurung," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nazim bakal tampil dalam telenovela, Mona Lisa yang diadaptasi daripada drama Korea popular, The Women’s Room.

Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang, di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135), bermula 20 Mac depan.
Ia merosakkan mental: Nazim Othman Ia merosakkan mental: Nazim Othman Reviewed by Kakigosip on 05:13:00 Rating: 5
Powered by Blogger.