Heliza Nafi Nikah Senyap-Senyap

Pengacara dan pelakon Heliza Helmi, 32, menganggap dakwaan mengatakan dia sudah mendirikan rumah tangga tidak berasas sama sekali sedangkan dia kini masih berstatus solo.

Memetik laporan Kosmo, hos program SIS itu berkata dia belum memikirkan ke arah itu kerana kini sedang sibuk dengan kerjaya juga pelbagai aktiviti kemanusiaan.

"Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Saya masih belum berkahwin.

"Saya sendiri hairan bagaimana kisah sedemikian boleh timbul kerana ia tidak berasas sama sekali," katanya sekali menepis gosip kononnya dia merahsiakan perkahwinannya kerana mahu menjaga reputasi suami.

Dalam pada itu Heliza menjelaskan tubuhnya kelihatan semakin berisi sejak kebelakangan ini kerana dia sendiri memang berusaha untuk menambahkan berat badan memandangkan sebelum ini badannya kurus.

Ditambah pula dengan faktor jadual kerjaya yang padat menyebabkan waktu makannya tidak mengikut jadual yang betul.

"Saya memang mahu menaikkan berat badan. Maklumlah, dulu tubuh saya sangat kurus. Jadi, saya memang punya sasaran menaikkan berat badan untuk kelihatan lebih berisi. Dalam masa sama, jadual kerjaya yang padat juga turut menyumbang kepada pola pemakanan kurang seimbang sehingga menyebabkan saya kerap makan lewat malam," tuturnya.

Heliza kini sibuk dengan dengan undangan untuk mengacarakan majlis, menyanyi, mengumpul dana untuk tabung bantuan Syria dan menghadiri usrah, saya juga turut terlibat dengan ceramah agama di seluruh negara.

Selain itu dia juga mengambil inisiatif untuk membantu pesakit jantung dengan menjual tudung di bawah jenama Heliza Guzel Hive.
Heliza Nafi Nikah Senyap-Senyap Heliza Nafi Nikah Senyap-Senyap Reviewed by Kakigosip on 13:27:00 Rating: 5
Powered by Blogger.