Hail Amir dikejarkan ke hospital, dipantau di CCU

PENYANYI popular era 1980-an, Hail Amir terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada kira-kira jam 10 malam, semalam.

Kini, penyanyi berusia 63 tahun ini ditahan dan dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM).

Anak sulungnya, Chinta Fifi berkata, buat masa ini, bapanya memerlukan pemantauan rapi doktor.

"Alhamdulillah, kini keadaan papa OK dan dah sedar cuma masih dipantau di CCU.

"Papa pun dah jalani ujian darah dan sinar X. Jadi, kami sedang menunggu keputusannya.

"Tapi, kami belum pasti bila papa akan dibenarkan keluar. Biarlah doktor menjalankan tugas merawatnya sehingga benar-benar pulih," katanya pada Sinar Harian.

Dalam pada itu, katanya, keluarganya juga tidak menerima sebarang lawatan tetamu kerana mahukan Hail berehat.

Selain menyanyi solo, Hail juga dikenali sebagai pasangan duet Uji Rashid dan popular dengan banyak lagu antaranya Menunggu Nasi Minyak dan Antara Matamu Dan Mataku.
Hail Amir dikejarkan ke hospital, dipantau di CCU Hail Amir dikejarkan ke hospital, dipantau di CCU Reviewed by Kakigosip on 05:38:00 Rating: 5
Powered by Blogger.