Giliran Yuveena, Rusil tersingkir

PERJUANGAN Yuveena dan Rusil terhenti apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu suku akhir, Konsert Bintang RTM2018, yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam tadi.

Yuveena tampil solo menerusi lagu I Dont Wanna To Miss A Thing manakala Rusil dengan Kesal.

Bagi pusingan battle pula, Yuveena menyampaikan lagu Hatiku Kekal Padamu berentap bersama Mus May manakala Rusil menerusi lagu Ku Pendam Sebuah Luka berduet dengan Datuk Khatijah Ibrahim.

Persembahan mereka gagal menambat hati juri apabila mendapat markah paling rendah berbanding lapan peserta lain.


Dengan penyingkiran itu, melayakkan Heidi, Ferona, Hariz, Hafiz, Anna dan Yasser ke konsert separuh akhir, minggu depan.

Minggu ini, konsert bertemakan Diva VS Raja dan setiap peserta diperlukan membuat persembahan untuk dua pusingan iaitu solo dan battle disamping dua penyanyi tersohor, Datuk Khatijah Ibrahim dan Mus May.

Mereka diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada AG Coco, Adibah Noor dan Mas Idayu.

Ia dikendalikan dua selebriti popular, Aqasha dan Misha Omar dan dimeriahkan dengan persembahan daripada Mas Idayu.

Konsert Bintang RTM 2018 turut disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada setiap Sabtu, jam 8.30 hingga 10.30 malam.
Giliran Yuveena, Rusil tersingkir Giliran Yuveena, Rusil tersingkir Reviewed by Kakigosip on 05:45:00 Rating: 5
Powered by Blogger.