Gara-Gara Zouk, Neelofa Hilang 100 Ribu Pengikut Di IG

Sehingga kini netizen masih lagi memperkatakan tentang kontroversi yang mengaitkan selebriti muslimah popular, Neelofa berhubung tindakannya mengadakan pelancaran tudung di sebuah kelab malam, Isnin lalu.

Akibat kecaman bertalu-talu yang diterima sejak dua hari lalu, aktres yang juga diberi jolokan Queen of Trend ini telah kehilangan seramai 100k pengikut di laman sosial Instagram.

Lofa sebelum ini mendominasi laman sosial tersebut sebagai artis Malaysia yang paling ramai pengikut dengan jumlah 5.5 juta pengikut.

Bagaimanapun berdasarkan pemerhatian Kakigosip, jumlah pengikut Lofa berkurang sejak hari ini, dengan jumlah pengikut terkini merudum kepada 5.4 juta.

Pengurangan tersebut seperti memperlihatkan netizen yang semakin kurang percaya dan rata-rata kecewa dengan sikap Lofa yang tidak mahu menerima teguran daripada masyarakat ekoran isu tersebut.
Gara-Gara Zouk, Neelofa Hilang 100 Ribu Pengikut Di IG Gara-Gara Zouk, Neelofa Hilang 100 Ribu Pengikut Di IG Reviewed by Kakigosip on 10:02:00 Rating: 5
Powered by Blogger.