Gara-gara kapsyen untuk Wany Hasrita, Fairuz kena maki

SELEPAS cerita keakrabannya dengan penyanyi popular, Wany Hasrita menjadi bualan ramai, bekas anggota kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat mengakui menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Ada yang memberikan kata-kata positif, tidak kurang juga yang meluahkan rasa kurang senang seolah-olah dia sengaja menarik perhatian ramai apabila kerap memuat naik gambarnya bersama Wany dengan kapsyen-kapsyen yang memperlihatkan kemesraan mereka.

Beberapa hari lalu, apabila penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus Influenza B, Fairuz turut melawat dan sempat berkongsi gambarnya bersama Wany.

“Alhamdulillah Wany ok. Suara dia tak ubah mcm mesin tebu. Kalian semua doakan Wany sihat tau. Show banyak tapi sakit. Tapi saya akan pastikan dia warded seminggu dua. Biar betul-betul rehat. Kalau dia pergi show juga, sya bergegas ke sana. Saya culik dia sewenang-wenangnya!! Get Well soon Wany. Cepat sihat naa. Durian tak dapat lagi ni!, “ tulis Fairuz pada kapsyen.

Biarpun menurut Fairuz ia hanyalah kapsyen biasa dan tidak mempunyai maksud apa-apa, namun ada pihak yang ternyata tidak senang duduk dengan apa yang ditulis itu.

Disebabkan itu Fairuz yang telah mengenali Wany lebih dua tahun ini telah mengemaskan kini kembali kapsyen tersebut dengan memadam beberapa ayat yang ditulis sebelum itu.

Malah Fairuz juga telah memuat naik gambar solonya berserta kapsyen memohon maaf kepada pihak terbabit.

“Pertama sekali saya nak mohon maaf kepada pihak-pihak tertentu yang terganggu dengan post saya beberapa hari lepas.

“Sebagai seorang lelaki dan insan biasa, saya cuma jalankan tanggungjawab saya untuk membuat seseorang yang saya selesa, tersenyum. I’m sorry,” tulisnya.

Fairuz yang dihubungi Sinar Harian sebentar tadi menjelaskan, tindakan memohon maaf itu dilakukan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memanjangkan spekulasi negatif tentang dirinya.

“Sejak gambar dan kapsyen itu dimuat naik beberapa hari lalu, saya menerima puluhan DM (Direct Message) yang memberi respons tentang post tersebut.

“Sebahagian besarnya ada kata-kata cemuhan dan maki hamun, memarahi saya yang dikatakan perasan serta  tidak sepadan dengan Wany.

“Apa pun saya tidak mengambil serius tentang perkara ini dan menganggap ia hanyalah respons daripada mereka yang salah faham tentang persahabatan kami,” jelas Fairuz.

Berikutan itu, kata Fairuz lagi, dia mungkin akan lebih berhati-hati untuk berkongsi apa-apa gambar atau menulis  kapsyen berkaitan persahabatannya dengan Wany.

“Sebenarnya tidak apa pun yang perlu dirisaukan kerana saya tidak salah apa pun. Namun untuk tidak mengeruhkan keadaan saya cuba mengambil pendekatan terbaik.

“Lagipun nama dan kerjaya seni Wany tengah naik, jadi saya tidak mahu perkara-perkara sebegini boleh menggangggu atau memberi pengaruh yang tidak baik kepada perjalanan seninya,” ujarnya yang turut menegaskan hanya berkawan baik dengan penyanyi itu.
Gara-gara kapsyen untuk Wany Hasrita, Fairuz kena maki Gara-gara kapsyen untuk Wany Hasrita, Fairuz kena maki Reviewed by Kakigosip on 06:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.