Gang Dong Won Berkunjung ke Malaysia, Jumpa Peminat 3 April Ini

Aktor dan model popular Korea, Gang Dong Won bakal hadir ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat pada 3 April ini.

Kehadiran Dong Won ke Malaysia adalah untuk bertemu mesra dengan 100 orang peminat bertuah terpilih.

Mula membabitkan diri dalam bidang seni sejak 15 tahun, jejaka berusia 37 tahun ini mencipta nama sebagai model dalam tahun 1999 sebelum terkenal sebagai pelakon.

Kemudian namanya terus mendapat perhatian ramai selepas dia muncul dalam filem Temptation of Wolves pada 2004. Selain itu, Dong Won juga pernah tercalon dan memenangi beberapa anugerah dalam dunia perfileman.

Antara filem lakonannya yang mendapat sambutan hangat adalah Too Beautiful to Lie, Jeon Woo-chi: The Taoist Wizard, Maundy Thursday, Voice of a Murderer dan Secret Reunion.

Malah dia turut berlakon dalam filem Violent Prosecutor dan Master pada 2016 yang merupakan filem kedua di Korea Selatan yang mencatat kutipan tertinggi.

Selain itu dia turut muncul menerusi filem Vanishing Time: A Boy Who Returned dan drama 1% of Anything.

Pada Disember tahun lalu, Dong Won telah memulakan langkah ke peringkat antarabangsa dengan menyahut cabaran untuk berlakon filem pertamanya di Hollywood, iaitu Tsunami LA yang diarah oleh pengarah tersohor, Simon West.

Selepas menamatkan beberapa kunjungan di Asia, Dong Won akan ke Los Angeles untuk membuat persiapan bagi penggambaran filem Tsunami LA yang akan memulakan penggambaran di Britain dan Bulgaria.

Bagi peminat yang ingin bertemu dengn Gang Don Wong, untuk mengetahui lebih lanjut, sila ikuti perkembangan terkini di Facebook iMe Asia, Instagram, WeChat, Line dan Twitter.
Gang Dong Won Berkunjung ke Malaysia, Jumpa Peminat 3 April Ini Gang Dong Won Berkunjung ke Malaysia, Jumpa Peminat 3 April Ini Reviewed by Kakigosip on 04:55:00 Rating: 5
Powered by Blogger.