Elvina nikah 18 Mac depan

PELAKON yang sedang meningkat naik, Elvina Mohamad, 23, mengumumkan menamatkan bakal zaman gadisnya pada 18 Mac ini.

Elvina yang mula dikenali menerusi drama Shh.. I Love You ini, memilih seorang usahawan dan juga selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan, 31, sebagai bakal suami.

Menurut Elvina lagi, dia dan pasangan memilih untuk bertunang satu jam sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung  di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada tarikh tersebut.



Sementara majlis resepi pula bakal menyusul pada 24 Mac di lokasi yang sama.

“Saya akan bernikah pada 18 Mac ini selepas setahun bercinta dengan bakal suami.

“Walaupun masih muda saya yakin dengan pilihan ini, malah percaya soal jodoh adalah ketentuan Yang Maha Kuasa.

“Cepat atau lambat bukanlah kita yang menentukannya," katanya kepada pihak media ketika majlis pengumuman hari bersejarahnya itu.

Meskipun memilih untuk berkahwin ketika namanya sedang mekar dalam industri, Elvina atau nama lengkapnya Norzalina Mohamad tidak menganggap status barunya itu akan menjadi penghalang kepada kerjaya seninya selepas ini.

Pelakon asal Teluk Intan, Perak ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama terbaru lakonannya, Isteri Untuk Diiktiraf yang bakal disiarkan di RTM sempena Ramadan akan datang.
Elvina nikah 18 Mac depan Elvina nikah 18 Mac depan Reviewed by Kakigosip on 06:13:00 Rating: 5
Powered by Blogger.