Dynas ketua gangster

PELAKON Dynas Mokhtar, 35, teruja terhadap pencapaian terbaru apabila diberi peluang melakonkan watak selaku ketua gangster selepas hampir 18 tahun beraksi di dalam industri.

“Buat pertama kalinya, saya diberi peluang melakonkan watak sebagai ketua gangster dalam drama bersiri KL Gangster: Underworld yang akan disiarkan pada pertengahan tahun ini di Iflix,” katanya kepada Harian Metro.

Satu lagi cabaran buatnya, watak Madam Wong dilakonkan digambarkan sebagai wanita berbangsa Cina dari Hong Kong.

“Jadi, tentunya dalam menjayakan watak seperti itu, saya perlu bertutur beberapa ayat bahasa Kantonis.

“Mujur saya ada sedikit pengetahuan dalam bahasa itu dan sedikit sebanyak ia membantu saya,” katanya.

Selain itu, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata, cabaran buatnya juga apabila perlu melakonkan babak aksi.

KL Gangster: Underworld arahan pengarah, Faizal Ishak turut dibintangi Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Azhan Rani dan ramai lagi.
Dynas ketua gangster Dynas ketua gangster Reviewed by Kakigosip on 05:51:00 Rating: 5
Powered by Blogger.