Dugaan penyakit misteri sebelum kahwin

PELAKON Nonny Nadirah akui terkena penyakit misteri apabila tidak boleh bangun sejak minggu lalu iaitu dua minggu sebelum dia melangsungkan pernikahan dengan duda anak satu, Mustain Adnan pada 18 Mac ini.

Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 29, berkata penyakit itu muncul semula selepas dia sibuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan.

“Empat tahun lalu saya memang pernah terkena penyakit misteri. Namun, selepas sekian lama penyakit ini secara tiba-tiba menyerang kembali. Dalam pada sibuk buat persiapan kahwin, saya pula jatuh sakit.

“Selama tiga hari saya hanya duduk di rumah dan tidak boleh bangun. Saya terbaring saja. Apabila dibawa pergi perubatan Islam, saya difahamkan ada sesuatu menganggu saya. Malah ia sama seperti apa yang pernah terjadi sebelum ini.

“Namun, saya hanya berfikiran positif dan tidak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Saya perlu kuat dan lawan. Saya anggap ini dugaan berkahwin,” katanya kepada Harian Metro.

Nonny yang kini meletup dalam drama Melankolia di TV3 berkata, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bersikap dengki atau cemburu dengannya.

Menurut Nonny, dia bersyukur apabila persiapan kahwin berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

“Ustaz yang merawat saya memaklumkan berkemungkinan ada pihak yang dengki dan cemburu. Namun, saya tidak mahu tuduh sesiapa kerana nanti jatuh fitnah.

“Saya juga tidak pasti sama ada penyakit ini sama dengan yang dulu atau tidak. Apa yang penting, saya perlu banyakkan berdoa dan jaga solat,” katanya.

Mengenai majlis pernikahannya, Nonny berkata buat masa sekarang sudah 80 peratus membabitkan persiapan kahwin siap dan mendapat 50 peratus penajaan daripada pihak Suri Malai Ali.

Nonny juga bakal mengadakan majlis persandingan pada sebelah malam di lokasi sama majlis nikah berlangsung iaitu di sebuah hotel di Kota Kinabalu.
Dugaan penyakit misteri sebelum kahwin Dugaan penyakit misteri sebelum kahwin Reviewed by Kakigosip on 05:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.