Dua sekali Guillermo sapu

KISAH fantasi romantik ‘Shape of Water’ dinobatkan selaku Filem Terbaik pada anugerah berprestij industri filem Academy Awards di Dolby Theatre, Los Angeles, hari ini.

Filem keluaran Fox Searchlight itu turut menyaksikan Guillermo del Toro dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik pada anugerah itu.

Shape Of Water mengisahkan seorang tukang cuci bisu yang jatuh cinta dengan makhluk sungai aneh, mengungguli 13 pencalonan dan memenangi empat Anugerah Academy.

Dalam pada itu, seperti dijangkakan pelakon Britain, Gary Oldman dinobatkan pelakon terbaik melalui watak Winston Churchill, pemimpin Perang Dunia Kedua dalam filem ‘Darkest Hour’ terbitan Warner Bros.

Sementara itu, Frances McDormand dinobatkan pelakon wanita popular dalam filem komedi gelap terbitan Fox Searchlight berjudul ‘Three Billboards Oustside Ebbing, Missouri’.
Dua sekali Guillermo sapu Dua sekali Guillermo sapu Reviewed by Kakigosip on 05:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.