Dua Lipa Terima Ancaman Bunuh Daripada Peminat Taylor Swift

Peminat fanatik Taylor Swift yang digelar sebagai Swifties bukan saa dikenali sebagai cukup setia kepada idola mereka bahkan sanggup melakukan apa saja.

Lebih-lebih lagi jika mereka mendapat tahu ada perkara yang mengganggu-gugat juga hal yang tidak menggembirakan Taylor.

Baru-baru ini, Swifties mengirim ancaman bunuh kepada penyanyi dan model, Dua Lipa. Ancaman tersebut timbul selepas sekelompok peminat berkenaa menjumpai video Dua Lipa di tahun 2016. Dalam video tersebut, pelantun "New Rules" itu mengaku lebih menyukai Kanye West berbanding Taylor.

Lapor Rolling Stone, ketika itu Dua Lipa disuruh memilih antara Kanye dan Taylor. Penyanyi kelahiran YouTube itu pun berkata, dia tidak peduli dengan pertelingkahan yang berlaku antara kedua penyanyi tersebut dan lebih memikirkan karya muzik mereka.

"Saya tidak peduli mengena pergaduhan mereka (Taylor dan Kanye). Saya hanya berfikir tentang muzik yang mereka hasilkan,".

"Taylor luar bisa, tapi saya adalah penggemar musik Hip Hop, jadi saya mungkin akan memilih Kanye berbanding penyanyi lain."

Jawapan Dua Lipa itu secara tidak langsung mengundang perdebatan kalangan Swifties.

Bahkan penyanyi berusia 22 tahun itu mengaku bahwa akaun Instagram miliknya dibanjiri dengan ancaman bunuh serta emoji ular.

Seperti yang diketahui ramai, Taylor selalu menggambarkan musuhnya sebagai seekor ular.
Dua Lipa Terima Ancaman Bunuh Daripada Peminat Taylor Swift Dua Lipa Terima Ancaman Bunuh Daripada Peminat Taylor Swift Reviewed by Kakigosip on 10:01:00 Rating: 5
Powered by Blogger.