Doa Ernie untuk Mak Long

PENYANYI Ernie Zakri yang juga anak saudara kepada Ziana Zain turut bersedih dengan perkara menimpa keluarga penyanyi itu.

Ernie, 26, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut apa yang terjadi sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk mereka seisi keluarga.

“Sejujurnya, saya tidak berapa tahu mengenai hal Mak Long (Ziana Zain) sekeluarga. Tetapi sebagai keluarga saya mengharap dan mendoakan yang terbaik semoga ada penyelesaian terbaik untuk Mak Long. Insya-Allah.

“Ini saja yang boleh komen sebab saya tak boleh cakap lebih kerana memang tidak tahu menahu. Apa pun kami semua turut bersedih dan mendoakan yang baik-baik saja untuk Mak Long,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Ernie akui ibunya ada menghubungi Ziana bagi bertanya perkara yang terjadi.

“Terkejut memang terkejut. Siapa yang suka mendengar berita seperti ini lebih-lebih lagi daripada keluarga sendiri.

“Mak saya ada menghubungi Mak Long dan bertanyakan khabar. Macam saya katakan, kami mendoakan yang baik-baik. Hal orang tua saya tidak mahu masuk campur,” katanya.

Semalam akhbar ini melaporkan suami Ziana, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya, 25 Februari lalu.

Armin, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia yang kini tidak berkerja didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Bagaimanapun, Ziana ketika dihubungi Harian Metro mohon diberi ruang kerana perkara yang terjadi terlalu peribadi.
Doa Ernie untuk Mak Long Doa Ernie untuk Mak Long Reviewed by Kakigosip on 06:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.