Dikritik Sebab Peluk Roberto Carlos, Tiz Zaqyah Sindir Semula Haters

Sejak petang semalam, nama aktres Tiz Zaqyah menjadi bualan hangat netizen selepas berkongsi sekeping gambar di Instgram menunjukkan aksinya berpelukan mesra dengan bekas bintang bola sepak Brazil, Roberto Carlos.

Difahamkan, Roberto berkunjung ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis pelancaran dan pelantikan duta kepada syarikat penerbangan tambang murah terkenal, Air Asia.

Tiz antara artis yang bertuah dapat bertemu secara eksklusif dengan personaliti sukan terkenal dunia itu.

Setakat ini posting tersebut mendapat lebih 35 ribu 'like'. Namun pelakon yang popularitinya mula melonjak naik menerusi drama Nur Kasih ini menutup ruangan komen.

..

Bagaimanapun gambar itu tular di internet sekaligus mengundang komen negatif daripada kebanyakan pengguna laman sosial media seperti di Twiiter dan Facebook.

..

Seperti tidak peduli dengan kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya, beberapa jam selepas itu, Tiz memuat naik pula status di Insta Story dengan kapsyen berbaur sindiran kepada haters.

"Tak dapat komen gambar kita, dia pi comment orang lain punya. Tahap dengki tu tunggi betul. So much Effort. while i'm eating popcorn and enjoying y'all being butthurt," tulisnya.

..

Barangkali Tiz terlalu teruja kerana dapat bertemu dengan bintang bola sepak pujaan dunia ini dan perasaan gembiranya itu dikongsi bersama peminat. Tetapi aksi berpelukan itu agak tidak manis dipandang lebih-lebih lagi kerana Tiz seorang wanita muslim dan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Dikritik Sebab Peluk Roberto Carlos, Tiz Zaqyah Sindir Semula Haters Dikritik Sebab Peluk Roberto Carlos, Tiz Zaqyah Sindir Semula Haters Reviewed by Kakigosip on 20:55:00 Rating: 5
Powered by Blogger.