Digelar Iron Man Malaysia pun ok

SELEPAS panggilan ustaz, pengacara TV dan motivator, Amin Idris, 37, yang mesra dengan sapaan 'Bro Amin' kini digelar Iron Man Malaysia pula.

Jolokan itu mula diterima Amin daripada peminat ciliknya ketika dia muncul menjadi juri dalam program Ceria-i Star di Astro Ceria.

Amin ditemui berkata apa saja panggilan mahu pun gelaran diberikan, ia adalah satu penghargaan.

"Lagipun, memang dulu saya ada belajar Syariah & Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), maka sempat juga belajar sedikit ilmu hadis.

"Namun, saya lebih selesa tidak dipanggil ustaz. Bagaimanapun, jika ada yang memanggil juga, itu satu penghargaan.

"Saya pun sering mengacarakan program agama dan kerohanian, jadi saya terima panggilan itu dengan lapang dada.

"Begitu juga dengan gelaran 'Iron Man Malaysia' oleh golongan kanak-kanak, saya amat terharu. Apatah lagi, saya memang peminat tegar Iron Man," katanya.

Turut meminati lakonan aktor Hollywood, Robert Downey Jr yang melakonkan watak Tony Stark atau Iron Man, Amin berkata dia juga mengumpul koleksi istimewa 'superhero Marvel' itu.

Amin berkata dia juga memiliki koleksi peribadi sut lengkap Iron Man. Ujarnya, ia sekadar memenuhi minat dan hobi.

Amin yang juga pengacara program Tazkirah Malam Jumaat di Astro Oasis bersyukur rancangan itu berjaya menembusi pencalonan kategori Program MeleTop di Anugerah MeleTop Era 2018 (AME 2018)

Berserah pada rezeki Allah SWT, apapun Amin bersyukur pencapaian diperoleh program kerohanian seperti Tazkirah Malam Jumaat ini yang begitu diterima baik penonton.
Digelar Iron Man Malaysia pun ok Digelar Iron Man Malaysia pun ok Reviewed by Kakigosip on 20:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.