Chris Evans, Ryan Reynolds Bantu Tunai Hasrat Pesakit Tenat

Usaha seorang wartawan Fox News, Shannon Bream membantu merealisasikan impian seorang kanak-kanak yang sedang sakit tenat telah mendapat perhatian pengguna media sosial seluruh dunia.

Baru-baru ini, wanita berusia 47 tahun itu telah meminta seluruh pengguna Twitter membantunya menunaikan hasrat seorang kanak-kanak untuk bertemu superhero Avengers sebelum dia meninggal.

"Perlukan bantuan anda semua pengguna Twitter- Bantu seorang kanak lelaki yang sedang tenat.

"Dia mungkin hanya memiliki sisa waktu beberapa hari dan yang dia inginkan adalah salam dari salah seorang Avengers," tulis Shannon.

Shannon juga menyeru kepada seluruh pengguna Twitter yang mempunyai hubungan dengan selebriti.

"Jika ada yang mempunyai hubungan dengan selebriti, tolong beritahu saya. Jika tidak, bolehkah kamu semua membantu dengan RT? Terima kasih!"

..

Status Shannon mendapat pelbagai respon positif para pengguna Twitter termasuklah kalangan selebriti.

Tambah mengharukan, 'Captain America' iaitu Chris Evans dan Ryan Reynolds (bintang filem Deadpool) juga memberi respon menyatakan mereka ingin membantu menunaikan hasrat kanak-kanak itu.

Tidak hanya Chris dan Ryan, Chloe Bennet yang melakonkan watak Daisy Johnson dalam siri "Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D." turut menawarkan bantuan selain bertanyakan kanak-kanak tersebut.

"Siapa namanya?" tanya Chloe.

Selain itu, Zachary Levi yang menghidupkan salah satu watak superhero DC Comics iaitu Shazam juga turut menawarkan bantuan.

Begitu juga Paul Bettany, yang memainkan karakter Vision dalam franchise MCU juga melakukan hal yang sama.

"Secara teknikalnya saya bukan Avenger, tapi saya dengan senang hati akan merakamkan sebuah video untuk kanak-kanak itu," tulis Zachary.

"Saya si ungu (Vision). DM saya," Tweet Paul.

Selepas menerima pelbagai respon Shannon berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya untuk membantu kanak-kanak bernama Emilio itu.

"Terima kasih semuanya! Kemajuan besar telah tercipta kerana kamu semua," tulis Shannon.

Sementara itu, kisah seperti Emilio memang sering terjadi di Hollywood. Sebelum ini seorang peminat "Star Wars" bernama Daniel Fleetwood mendapat keistimewaan untuk menonton Star Wars: The Force Awakens lebih awal sebelum filem itu dilancarkan secara rasmi.

Daniel menderita kerana mengidap sejeni penyakit kanserr tisu (spindle cell sarcoma) dan dijangka dapat hidup sehingga pertengahan Disember (iaitu sebelum filem tersebut ditayangkan).
Chris Evans, Ryan Reynolds Bantu Tunai Hasrat Pesakit Tenat Chris Evans, Ryan Reynolds Bantu Tunai Hasrat Pesakit Tenat Reviewed by Kakigosip on 05:51:00 Rating: 5
Powered by Blogger.