Cantiknya isteri baharu Datuk Jamal...

BIARPUN ramai yang sudah mengetahui tentang pernikahan Datuk Jamal Abdillah, 59, dan isteri barunya, Zai Izzati Khiruddin, 24, namun baharu hari ini penyanyi Kekasih Awal dan Akhir ini memperkenalkan isterinya secara rasmi kepada umum.

Pernikahan Jamal dan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah ini berlangsung di Ipoh, Perak pada 1 April, tahun lalu.

Jamal yang tampil di majlis sidang media mengumumkan  persembahannya sempena Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah petang tadi turut mendedahkan dia dan isteri hanya berkenalan selama dua bulan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.


“Urusan kahwin saya dan isteri dipermudahkan dan saya anggap ia sebagai anugerah dari Allah SWT pada saya.

“Saya dikurniakan isteri pada usia begini membuatkan saya amat menghargainya dan akan menjaganya sebaik yang mungkin meskipun jarak usia kami terlalu jauh,” katanya kepada media.

Berkongsi tentang ciri isteri yang membuatkan dia jatuh hati, kata penyanyi yang dikenali sebagai Raja Pop ini, keperibadian Izzati yang lembut membuatkan dia tertarik.

Perkahwinan ini merupakan kali keempat buat Jamal yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua cahaya mata iaitu Osama Yamani, 17, daripada perkahwinan kedua dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada perkahwinan ketiganya.
Cantiknya isteri baharu Datuk Jamal... Cantiknya isteri baharu Datuk Jamal... Reviewed by Kakigosip on 06:05:00 Rating: 5
Powered by Blogger.