Bekas Bintang Ini Dipilih Berkhidmat di White House

Sejak kebelakangan ini, Presiden Amerika, Donald Trump bernasib malang kerana 'beberapa orang kuatnya' telah meninggalkan White House. Tetapi nampaknya satu lagi tempat kosong pembantunya kini telah diganti dengan seorang aktres popular iaitu Caroline Sunshine.

Berusia 22 tahun, Caroline yang juga seorang penari terlatih meraih populariti menerusi watak sebagai Zendaya dalam siri Shake It Off.

Lapor CNN, bekas Disney itu dilaporkan telah menyertai pasukan akhbar dan berkhidmat sebagai pembantu di White House. Namun ini bukan pertama kali dia berada di White House. Sewaktu menghadiri Kolej Claremont McKenna, dia menjadi bintang kanak-kanak yang pertama berada di kediaman rasmi kerajaan Amerika Syarikat itu.

Jurucakap White House, Lindsay Walters menerus satu kenyataan berkata,

"Caroline Sunshine adalah pelatih di White House.

"Di kolej, dia terlibat dengan American Enterprise Institute dan anggota aktif pasukan Model United Nations sekolahnya

"Sebelum menjalani latihan di Rumah Putih, Caroline diberikan asas untuk Pemimpin Majoriti Pejabat Kevin McCarthy, Jawatankuasa Kebangsaan Kolej Republik dan Parti Republikan California," kata Lindsay.

Walaupu jarang aktif di media sosial sejak tahun lalu, namu Caroline masih mempunyai lebih 500,000 pengikut di Twitter dan lebih daripada 235,000 pengikut di Instagram.

Caroline juga pernah muncul menerusi filem Marmaduke (tahun 2010) yang turut dibintangi oleh Owen Wilson. Selain lakonannya dalam filem seperti '2017 Lifetime', Mommy, I Didn't Do It.

Semenjak White House diambil alih oleh Trump, beberapa personaliti terkenal turut di bawa masuk dan berkhidmat untuk kerajaan. Misalnya, hos CNBC Larry Kudlow dilantik oleh Trump sebagai pengarah Dewan Ekonomi Nasional White House.

Selain itu, Penganalisis Fox News, John Bolton akan menjadi memulakan khidmat pada 9 April ini sebagai penasihat keselamatan kebangsaan berikutnya pengunduran Michael Flynn dan H. McMaster.

Bekas Bintang Ini Dipilih Berkhidmat di White House Bekas Bintang Ini Dipilih Berkhidmat di White House Reviewed by Kakigosip on 04:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.