Azharina kesal sikap pembantu produksi

PENYANYI popular, Azharina Azhar mengakui terkilan dengan sikap tidak profesional seorang pembantu produksi sebuah program hiburan.

Ini kerana, selebriti berusia 33 tahun ini menyifatkan individu terbabit sebagai seorang yang tidak jujur.

"Saya diminta hadir ke sebuah program hiburan bagi tujuan mempromosi lagu dan ia dibuat tanpa bayaran.

"Namun, ia terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir atas alasan mereka perlu cover story lain.

"Tapi, saya dapat tahu yang slot tersebut sebenarnya digantikan dengan artis lain," katanya pada Sinar Harian.


Luahnya lagi, apa yang dikesalnya adalah sikap individu terbabit yang tidak berkata benar.

"Saya bengang sebab dia menipu. Ia normal kalau kita nak ambil artis lain untuk digantikan dalam sesebuah program.

"Saya pun kalau dah sampai satu tahap orang dah tak nak dengan kita, kita kena terimalah kan?

"Tapi sepatutnya janganlah menipu. Lagipun, dia yang minta tolong dan saya juga bayar orang untuk buat kerja. Saya juga terpaksa menolak undangan menyanyi kerana terima program ini," katanya.

Malah, katanya, tanpa rasa bersalah individu terbabit meminta untuk menangguhkan slotnya sehingga Mei nanti.

"Kita kan nak bulan puasa waktu itu, dah tentulah saya takkan ambil apa-apa show.

"Memang setiap kali Ramadan, saya jarang ambil show sebab nak spend time dengan keluarga.

"Lagi-lagi, bila dah jadi macam ini, saya pun dah tawar hati nak menerimanya," katanya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Seandainya ini berharap agar perkara ini tidak akan berulang kembali pada masa depan.

"Saya dah penat dibuli. Jadi saya perlu suarakan agar tak dipijak sesuka hati.

"Niat saya hanya untuk membantu kerana ia juga berkaitan kerjaya saya. Tapi, apa yang berlaku ini seolah-olah saya yang terhegeh-hegeh minta slot itu," katanya.

"Saya minta agar dijauhkan daripada orang yang tak jujur, tak amanah dan tak ikhlas seperti ini dalam industri, " katanya.

Terdahulu, pelantun lagu Cinta Berbagi Dua ini meluahkan rasa sedihnya itu di laman sosial Facebook (FB).

"Assalamualaikum. Selamat pagi. Cuma menganggap ini sebagai teladan dan nasihat kisah kejadian untuk artis artis baharu dan lama.

"... rasa sedih tapi baharu semalam terjadi. Nasihat saya pada sesetengah A.P TV (yang ini TV swasta Feel it) yang call management artist minta bantuan artis perform FREE Slot Hiburan TV dan nak artis datang program TV mereka, minta biarlah jujur bila you yang minta tolong bukan kami artis yang datang terhegeh minta slot ...dan last minit you cancel sebab KONONnya program kena cover cerita pemerintah.

"Sebagai artis lama dan rakyat Malaysia kita faham dan akur. Tapi bila pagi ini buka IG (Instagram) keluar story kawan artis kita perform program yang youbcancel minta tunda bulan May. Deq nak menipu jangan tertangkap. Biar jujur. you tak bayar I pun.

You MINTA TOLONG. Kira baik kita nak tolong. Tapi jangan menipu, kita jenis jujur, " tulisnya.

Luahannya itu turut menerima reaksi daripada selebriti lain seperti Nina Karina dan Chef Zam.

Azharina kesal sikap pembantu produksi Azharina kesal sikap pembantu produksi Reviewed by Kakigosip on 05:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.