Awak tak hadap, apa yang saya hadap!: Siti Sarah

TIDAK tahan dihina, Siti Sarah Raissuddin nekad melakukan perubahan dalam penampilannya.

Katanya, tindakan itu dibuat selepas menerima kritikan hebat daripada netizen.

"Siapa ingat gambar ini?? Mungkin ramai yang kata kenapa nak cerah kenapa nak berubah buat apa???.

"You are not in my shoes. Awak tak hadap apa yang saya hadap," luahnya di Instagram (IG).

Mengakui seorang yang kuat, namun selebriti berusia 33 tahun ini menyedari bukan semua wanita mampu menghadapinya.

"Ya saya memang kuat untuk hadap banyak benda.

"Tapi, saya tahu ramai orang yang tak boleh menghadapi tekanan...apabila dikutuk di panggil gorila, negro, nama-nama binatang (bad*k ,b**i dan seangkatan dengannya), siapa yang tahan!


"Dan...apabila ada orang ingat yang kau tak level dengan dia! Kau salah! Come on girls time to change!," tulisnya lagi.

Susulan itu, pelantun lagu Kesetiaan ini menggesa agar wanita di luar sana yang membuat perubahan adalah demi diri sendiri.

"Dan... saya tahu ramai perempuan yang di luar sana nak berubah. Jangan berubah untuk orang lain.

"Berubah untuk DIRI SENDIRI, yang penting PERUBAHAN perlukan KESABARAN. Siapa yang ada cerita yang nak dikongsikan boleh kongsi bersama saya," tulisnya lagi.

Hasil tinjauan, rata-rata peminat dan pengikutnya mengagumi usaha yang dilakukan Siti Sarah untuk kekal cantik dan langsing.
Awak tak hadap, apa yang saya hadap!: Siti Sarah Awak tak hadap, apa yang saya hadap!: Siti Sarah Reviewed by Kakigosip on 05:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.