Amyra, Amar letak syarat...

PELAKON, Amyra Rosli mengakui dia dan suami yang juga pelakon, Amar Baharin meletakkan syarat sekiranya ada pihak mahukan anaknya, Aqeef Anaqi terbabit sebagai duta sesuatu jenama atau sebarang sesi fotografi.

“Saya dan Amar tidak menolak sekiranya ada pihak mahu kami sekeluarga terbabit sebagai duta produk dan turut serta dalam sesi promosi dan sebagainya memandangkan kami pun kini datang sebagai satu pakej.

“Tapi, ada syarat saya dan suami tetapkan iaitu sekiranya dia perlu turun padang mempromosikan produk, dia tak perlu terbabit sekiranya ada sesi ramah mesra yang terlalu ramai orang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Amyra, 27, syarat dibuat kerana anaknya masih terlalu kecil dan tidak mahu ada pihak terasa hati.

“Anak kami baru berusia lima bulan. Saya tak mampu menghalang sekiranya ada orang ingin mendekati dan memegang Anaqi.

“Takkan saya nak cakap, jangan sentuh anak saya pula. Tentunya akan ada yang terasa hati, kan? Jadi, lebih mudah sekiranya saya tetapkan syarat sedemikian,” katanya.

Amyra menambah, sekiranya Anaqi perlu terlibat dalam sesi fotografi, biarlah ia sesuatu tidak membebankannya.

Amyra, Amar dan Anaqi sebelum ini pernah muncul dalam program realiti The Adventure of Aqeef Amyramar.

Ditanya sama ada dia akan terima sekiranya ditawarkan program realiti sebegitu lagi yang membabitkan mereka sekeluarga, Amyra tidak menolak.

“Sebelum ini, saya dan Amar bersetuju terbabit dalam program realiti itu kerana kami selesa dengan cara kerja produksi yang mengikut kami sekeluarga melakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa perlu dikawal.

“Semuanya lancar dan semulajadi kerana mereka pun tak mengganggu aktiviti yang kami lakukan sepanjang penggambaran.

“Jadi, kalau ada produksi yang boleh menjalankan penggambaran sebegitu, mungkin saya dan Amar akan pertimbangkan,” katanya.

Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada 15 Oktober tahun lalu adalah cahaya mata pertama hasil perkahwinan Amyra dan Amar.
Amyra, Amar letak syarat... Amyra, Amar letak syarat... Reviewed by Kakigosip on 20:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.