Ajoi, Dee tersingkir Konsert Bintang RTM2018

PERJALANAN Ajoi dan Dee terhenti apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ketujuh, Konsert Bintang RTM2018, yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam tadi.

Mereka menyanyi bersama bagi pusingan battle duet bagi lagu Mahakarya Cinta. Bagi pusingan battle, Ajoi menyampaikan lagu Aku Yang Sebenar manakala Dee menerusi lagu Jangan Marah.

Persembahan mereka gagal menambat hati juri apabila mendapat markah paling rendah berbanding lapan peserta lain.

Dengan penyingkiran itu, melayakkan Heidi, Hariz, Ferona,Yasser, Anna, Hafiz, Yuveena dan Rusil ke konsert seterusnya.

Minggu ini, konsert bertemakan Battle dan setiap peserta diperlukan membuat persembahan untuk dua pusingan iaitu duet dan individu.

Mereka diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada AG Coco, Edrie Hashim dan Akim Ahmad.

Ia dikendalikan dua selebriti popular, Aqasha dan Misha Omar dan dimeriahkan dengan persembahan daripada kumpulan Akim & Majistret.

Konsert Bintang RTM 2018 turut disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada setiap Sabtu, jam 8.30 hingga 10.30 malam.

Program ini juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi www.sinarharian.com.my
Ajoi, Dee tersingkir Konsert Bintang RTM2018 Ajoi, Dee tersingkir Konsert Bintang RTM2018 Reviewed by Kakigosip on 05:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.