Ainan Tasneem umum nama anak

Selepas seminggu bergelar ibu, Ainan Tasneem akhirnya mengumumkan nama cahaya mata sulungnya.

Bagaimanapun, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Aku Suka Kamu ini belum bersedia mendedahkan wajah bayi perempuannya itu.

"Assalamualaikum semua. Nama saya Ainan Salsabiela Binti Mohamad Ariffudin.

"Maksud nama saya 'Mata Air di Syurga', sama maksud lebih kurang dengan nama Ummi saya.

"Doakan saya menjadi anak yang solehah ya semua," umumnya di laman Instagram (IG).

Pada masa sama, penyanyi berusia 26 tahun ini turut menjelaskan di sebalik keindahan nama Salsabila.

"Indahnya nama 'Salsabila' ini adalah kerana ianya adalah mata air di syurga, yang bernama Salsabila yang akan diberikan kepada orang yang mendekatkan diri kepada ALLAH (muqarrabin), sedang para abrar (orang yang berbuat baik), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan zanzabil (air halia yang segar dan wangi)," tulisnya.

Ainan mendirikan rumah tangga dengan jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 2017.
Ainan Tasneem umum nama anak Ainan Tasneem umum nama anak Reviewed by Kakigosip on 05:14:00 Rating: 5
Powered by Blogger.