8 Tahun Berlari Dalam 'Running Man', Song Ji Hyo Mengaku Mula Sakit Lutut

Memulakan karier sebagai seorang pelakon sekitar tahun 2001 kemudian rezeki Song Ji Hyo beralih pula ke dunia realiti televisyen selepas terlibat dengan program realiti popular Korea, Running Man (RM) sejak lapan tahun lalu.



Selama berjuang sebagai hos dalam RM, bintang drama Princess Hours dan Emergency Couple ini berjaya meraih populariti dan cukup dikenali kerana satu-satunya wanita dalam program itu (sebelum kemunculan ahli baru, aktres Jeon Seo Min)

"Sudah sembilan tahun sejak saya bermain dalam Running Man.... Saya bermula ketika berusia 30 dan sekarang saya sudah 38 tahun, jadi ini tahun kesembilan di program itu," jelas Song Ji Hyo (di Korea Selatan, perkiraan usia ditambahkan satu tahun daripada perkiraan normal).

Ji Hyo yang bakal menyambut ulang tahun ke-37 pada Ogos depan, mengaku banyak berkorban dan menggunakan sepenuh tenaganya sepanjang membabitkan diri dalam RM. Lebih-lebih lagi apabila diberi tugasan dan cabaran permainan yang memerlukan dia menggunakan kekuatan fizikal.

"Saya selalu sangat berlari (di acara Running Man), menyebabkan lutut saya sangat sakit," dedahnya.

Selain Song Ji Hyo, RM turut dijaya barisan selebriti terkenal iaitu Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong-kook, Lee Kwang Soo dan seorang lagi ahli baru, Yang Se Chan.

Dalam perkembangan lain, Song Ji Hyo bakal muncul menerusi filem terbaharu bertajuk Wind Wind Wind.

"Ia berkisar tentang seseorang yang berlaku curang, tetapi filem ini juga akan membuat kamu berasa bersyukur di samping orang sekelilingmu,"tuturnya.

8 Tahun Berlari Dalam 'Running Man', Song Ji Hyo Mengaku Mula Sakit Lutut 8 Tahun Berlari Dalam 'Running Man', Song Ji Hyo Mengaku Mula Sakit Lutut Reviewed by Kakigosip on 04:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.