Zul Ariffin jelaskan isu Neelofa lentok kepala di dadanya

KECOH apabila pelakon dan pengacara, Neelofa melentokkan kepalanya ke dada aktor, Zul Ariffin menerusi satu foto mesra yang dimuat naik oleh Michael Ang di laman Instagramnya (IG), beberapa hari lalu. 

Akibatnya, pengacara MeleTOP itu menerima kritikan hebat netizen.  Difahamkan, foto mesra yang dirakam itu merupakan babak dalam drama Ti Amor Sweetheart 100 hari yang menjalani penggambaran di Rome, Itali.  Dilihat mesra, Zul bagaimanapun menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku menerusi perkongsiannya di IG.  “So this is the actual situation on set, when two actors who may not be familiar with each other are placed in moments where they have to seem like they have known each other for years,” tulisnya.

Biarpun kekok, katanya, pelakon seharusnya bersikap profesional seterusnya bertanggungjawab menggalas watak tersebut dengan baik. 

“It can be awkward, it can be slightly embarrassing but at the end of the day, it is all about being able to put something on screen which is not only sweet, believable and convincing to the audience but also being able to deliver the story that the whole team has worked hard to put together,” luahnya. 


Malah, katanya, walaupun peluang untuk dilihat di skrin namun semua kerjasama itu hadir daripada kerja berpasukan. 

Zul juga berharap agar peminat berpuas hati dengan setiap hasil kerja yang dipersembahkan. 

“The actors have the opportunity to be seen on screen but every single shot depends on teamwork and how seamlessly we, as a team, present this story to you, the audience and the fans. We hope that you will enjoy the end result, “ tulisnya beserta #tiamosweetheart100hari. 

Ti Amor Sweetheart 100 Hari adalah karya adaptasi novel yang dihasilkan Suri Ryana. 

Biarpun drama terbabit baru memulakan penggambaran, peminat fanatik sudah pun mencipta #zulofa iaitu gabungan nama Zul dan Neelofa.
Zul Ariffin jelaskan isu Neelofa lentok kepala di dadanya Zul Ariffin jelaskan isu Neelofa lentok kepala di dadanya Reviewed by Kakigosip on 06:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.