Zul Akui Malu, Janggal Adegan 'Sweet' Bersama Neelofa

Sejak beberapa hari lalu, nama Zul Ariffin dan Neelofa kembali panas ekoran foto mesra ketika mereka menjalani penggambaran sebuah drama tersebar di Instagram.

Foto yang merupakan beberapa babak dalam drama yang ketika ini penggambarannya dijalankan di Rome Itali itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata peminat mula menyukai gandingan kedua-dua pelakon itu yang disifatkan nampak serasi dan secocok sebagai pasangan dan tidak sabar menantikan tayangan drama tersebut.

Malah ramai yang mendoakan agar mereka bertemu jodoh bukan sahaja di dalam drama lakonan mereka tetapi dalam dunia nyata.

Lebih menarik, peminat sudah mencipta tanda pagar gabungan nama pasangan itu, #zulofa dengan memuat naik koleksi foto mereka di Rome.

Berharap tiada apa-apa isu yang akan timbul, justeru Zul menerusi laman Instagram miliknya telah menjelaskan bukan mudah untuk berlakon dengan Neelofa dalam drama berjudul Ti Amor Sweetheart 100 Hari itu memandangkan mereka tidak saling mengenali sebelum ini.

Katanya, situasi itu boleh membuatkan keadaan menjadi janggal namun mereka harus profesional bagi mendapat hasil terbaik buat penonton.

Malah Zul turut memberi kredit kepada semua krew produksi kerana bekerja keras bagi merialisasikan semua yang dirangka untuk projek berkenaan.

"Jadi, inilah situasi sebenar di set, apabila dua pelakon yang tidak mengenali antara satu sama lain diletakkan dalam satu situasi yang seolah-olah mereka sudah mengenali bertahun-tahun.

"Ia boleh jadi janggal, sedikit memalukan tetapi pada akhirnya ia berkenaan menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja 'sweet', dipercayai dan menyakinkan penonton tetapi merealisasikan apa yang telah produksi rancangkan.

"Kami berharap anda akan menyukai produknya nanti," tulisnya.
Zul Akui Malu, Janggal Adegan 'Sweet' Bersama Neelofa Zul Akui Malu, Janggal Adegan 'Sweet' Bersama Neelofa Reviewed by Kakigosip on 22:36:00 Rating: 5
Powered by Blogger.