Wany Hasrita Berkawan Dengan Fairuz Selamat, Bekas Vokalis Q-Face

PENYANYI Wany Hasrita memberitahu hubungannya dengan bekas kumpulan Q-Face iaitu Fairuz Selamat masih dalam fasa berkawan.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia sudah mengenali Fairuz pada 2016 sebelum menceburi bidang seni.

"Saya dah kenal Fairuz sejak 2016 lagi menerusi aplikasi Smule. Kami pernah duet menyanyikan lagu cover 3 Malam dan video tersebut menjadi viral.

"Disebabkan video itu juga saya ditawarkan menjadi artis bawah pengurusan syarikat rakaman Fantasia Music Cita (FMC). Kiranya, perjalanan karier seni saya juga ada kena mengena dengan Fairuz.

"Tapi sejujurnya, saya dan dia sedang berkawan. Kami tidak ada hubungan secara rasmi pun," kata Wany .


Wany diminta mengulas foto bersama Fairuz yang dimuat naik di laman Instagram mereka berdua mendapat perhatian netizen.

Q-Face pernah aktif pada tahun 2001 dan popular dengan lagu Izinkanlah.

Dalam pada itu kata Wany lagi, dia tidak menolak jika jodohnya untuk berkahwin datang dalam masa terdekat namun buat masa sekarang fokus utama adalah karier nyanyian.

"Saya tak tetapkan bila nak berkahwin. Tapi kalau jodoh sampai awal, saya terima sahaja. Lagipun saya dah 26 tahun, sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

"Cumanya, buat masa sekarang ini saya memang beri tumpuan sepenuhnya pada karier nyanyian yang baru sahaja nak berkembang," ujarnya.

Dalam pada itu, Wany akui tidak selesa jika namanya kerap dikaitkan dengan selebriti lelaki namun tidak dapat mengawal kehendak peminat.


"Sebenarnya saya tidak selesa kalau kerap sangat nama dikaitkan dengan mana-mana selebriti lelaki.

"Tapi semua itu diluar bidang kuasa saya. Saya tak dapat nak mengawal apa yang peminat mahukan.

"Apa yang saya boleh buat hanya diamkan sahaja. Terpulang pada peminat yang mana mereka suka, janji tidak melebihi batas," katanya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Menahan Rindu itu pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi Tajul dan berkawan rapat dengan Khai Bahar.



Wany Hasrita Berkawan Dengan Fairuz Selamat, Bekas Vokalis Q-Face Wany Hasrita Berkawan Dengan Fairuz Selamat, Bekas Vokalis Q-Face Reviewed by Kakigosip on 06:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.