Undi calon diminati

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kembali untuk edisi kelima dengan menampilkan Masa Untuk Drama sebagai tema baru tahun ini.

Acara ini menjadi platform bagi anak muda mengasah bakat menerusi pertandingan drama pendek, sesi pembentangan idea dan uji bakat lakonan.

Pada masa sama, DFKL turut meraikan penggiat seni atas jasa mereka memartabatkan industri seni tanah air pada Malam Anugerah DFKL 2018.

Tahun ini, Anugerah DFKL 2018 mempertandingkan 11 kategori dan calon akan ditentukan berdasarkan jumlah undian.

Anugerah ini termasuk dua kategori khas juri iaitu Drama Radio Pilihan dan Drama Pendek Pilihan.


Pengarah Penjenamaan, Kandungan dan Strategi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Sherina Nordin berkata, penganjuran DFKL sebagai tanda penghargaan kepada penonton berikutan sokongan mereka terhadap drama terbitan TV3 dan TV9.

“Alhamdulillah, ini penganjuran kelima. Terima kasih kepada penonton kerana berjaya menaikkan rating drama berkenaan,” katanya.

Sherina berkata, seperti tahun terdahulu pihak stesen televisyen mahu terus memberi peluang kepada peminat setia drama TV3 dan TV9 untuk menentukan barisan pemenang.

Antara karya disenaraikan dalam kategori Drama Pilihan adalah Biar Aku Jadi Penunggu, Cucu Tauke Beras, Sein dan Luna, Titian Cinta dan Raisha.


Justeru, pembaca boleh mula mengundi idola kesayangan mereka menerusi laman web www.dfkl.com.my sehingga 1 Mac ini.

Hanya 10 kali undian saja yang boleh dibuat setiap hari. Undian yang diterima akan dikemas kini setiap dua jam.

Gunakan tanda pagar #MasaUntukDrama dan #DFKL2018 bagi menghangatkan perbualan acara berkenaan di laman sosial.

Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 danTV9 iaitu @tv3malaysia serta @tv9malaysia.
Undi calon diminati Undi calon diminati Reviewed by Kakigosip on 05:51:00 Rating: 5
Powered by Blogger.