Tweet Itu Bukan Ditujukan Untuk Mira - Zizan

Pelakon dan pelawak popular Zizan Razak menjelaskan status yang ditulis di laman Twitter berhubung karakter wanita lembut pada luaran tetapi sebenarnya garang, bukanlah ditujukan kepada kepada pelakon dan pengacara cantik Mira Filzah.

Memetik laporan BH online, Zizan menyifatkan perkara itu lucu dan berkata ia sekadar pandangan peribadi yang terlintas di fikiran dan pemerhatiannya

"Tak adalah... Saya dengan Mira sudah lama tidak berjumpa. Tweet itu tidak ditujukan kepadanya.

"Apa yang ditulis sekadar apa yang terlintas di fikiran dan pemerhatian saya. Tetapi wanita garang saya fikir sebenarnya manja," katanya.

"Mesej itu dimuat naik dengan niat terbuka tanpa ditujukan kepada mana-mana individu. Ia berdasarkan pendapat saya melihat rakan-rakan wanita yang memiliki sifat lembut di luar tetapi hakikatnya garang," katanya

Zizan menjadi topik perbualan di Twitter selepas memuat naik status mengenai karakter wanita lembut bertukar garang dan bengis selepas menjadi kekasih.

Ramai netizen menganggap komen itu ditujukan kepada Mira malah turut menanda nama pengacara Nona itu di ruangan komen pada status berkenaan.
Tweet Itu Bukan Ditujukan Untuk Mira - Zizan Tweet Itu Bukan Ditujukan Untuk Mira - Zizan Reviewed by Kakigosip on 13:32:00 Rating: 5
Powered by Blogger.