Trump, Jong-un kena halau

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un 'dihalau' selepas kedua-dua mereka muncul pada acara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Seoul pada Jumaat lalu.

Kehadiran kedua-dua lelaki yang sebenarnya adalah Trump dan Jong-un palsu itu turut menggemparkan stadium utama di Pyeongchang.

"Kami kelihatan hebat bersama. Kami mahu membuat kejutan kepada semua dan membawa keamanan kepada dunia. Malangnya, kami dihalau oleh pengawal keselamatan dan ia sememangnya satu tindakan tidak adil. Tidakkah semua orang mahukan keamanan?

"Adakah adik saya terima layanan sama seperti ini?" kata lelaki dikenali sebagai Howard X yang menyerupai Jong-un itu merujuk kepada Kim Yo-jong yang menjadi wakil pertama keluarga pemerintah di Pyongyang menjejakkan kaki ke Seoul selepas Perang Korea berakhir pada 1953.

Menurut Howard X, dia dan rakannya Dennis Alan yang menyerupai Trump tidak dibenarkan untuk bertemu dengan atlet termasuk pasukan Korea yang berarak bersama di bawah bendera biru putih.
Trump, Jong-un kena halau Trump, Jong-un kena halau Reviewed by Kakigosip on 05:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.