Tiba masa kami buat

BAND Floor88 yang popular menerusi lagu Zalikha menafikan mereka marah kepada peminat selepas diminta menghasilkan lagu berentak balada.

Vokalisnya, Ayie Elham, 22, yang meluahkan perkara itu di IG Story juga menjelaskan mereka tidak ada niat mahu mengecewakan permintaan peminat.

“Kami banyak mendapat komen peminat yang inginkan Floor88 tampil dengan lagu berentak balada sebagaimana trend sekarang. Bagaimanapun, kami rasa belum tiba masa untuk menghasilkan lagu sebegitu.

“Bukan tidak mahu, kami pun menyimpan keinginan tampil dengan lagu yang membuai emosi. Namun buat masa ini keutamaan kami adalah lagu berentak rancak supaya boleh membuat persembahan bertenaga di pentas,” katanya.

Menurut Ayie, keputusan band itu tampil dengan lagu baru berjudul Aqilah yang berentak rancak juga adalah strategi penting.

Mereka mahu berusaha tampil berbeza dengan band lain yang ada dalam industri dan tidak mahu popular hanya semusim saja.

“Kami risau juga sebenarnya jika ada tidak suka dengan percaturan itu. Bagaimanapun, kami tidak mahu jadi band ‘one hit wonder’.

“Lagipun, banyak band sekarang seperti Xpose Band Akim & The Majistret tampil dengan lagu balada. Jadi kami mahu tampilkan kelainan dan berharap kejayaan Zalikha dapat diulangi menerusi lagu Aqilah,” katanya.
Tiba masa kami buat Tiba masa kami buat Reviewed by Kakigosip on 13:46:00 Rating: 5
Powered by Blogger.