Terus istiqomah anakku...

PELAKON Norman Hakim menasihati anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 15, yang menduduki peperiksaan akhir hafazan di Turki agar terus istiqomah.

Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 42, menerusi laman Instagram miliknya turut berpesan supaya Danish tidak putus berdoa.

"Jangan lelah untuk berdoa. Terus istiqomah. Ia senjata 'terkuat' kita sebagai mukmin. Mohon terus mendoakan sesama kita. Saya yakin ada antara sahabat di sini yang doanya khasyaf di sisi Allah.

"Kalau abang (Danish) minta 10 doa daripada papa, papa pun akan minta 10 doa juga," katanya.

Menerusi laman Instagram itu, Norman yang juga pelakon drama Gerak Khas turut memaparkan perbualan dengan anaknya di aplikasi Whatsapp.

Dalam perbualan itu, Danish meminta Norman tidak putus berdoa untuknya agar pulang ke tanah air dengan kejayaan besar.

"Doakan abang kuat dan 'firm'. Jangan lupa juga doakan agar abang pulang ke tanah air nanti dengan kejayaan yang besar.

"Terima kasih papa yang abang sayangi sampai bila-bila sebab selalu mengingatkan," katanya.

Mesej itu dibalas Norman mengingatkan Danish supaya jangan tinggal solat Tahajjud dan Dhuha.

"Insya-Allah abang kuat. Jangan lupa tahajjud dan dhuha. Paling 'power' berdoa masa itu. Insya-Allah mumtaz syaraf mengiringi abang," katanya.

Danish adalah antara 10 pelajar terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta sejak 1 Februari lalu.

Danish akan berada di Turki sehingga Aidiladha ni.
Terus istiqomah anakku... Terus istiqomah anakku... Reviewed by Kakigosip on 13:39:00 Rating: 5
Powered by Blogger.