'Takut tak sempat insaf'

PELAKON Adiba Yunus, 29, tidak mahu ambil pusing dengan persepsi segelintir netizen yang menganggap dirinya bertudung kerana status sebagai isteri.

Heroin filem Nasi Tangas yang sudah bergelar isteri kepada Hazwan As’ari pada 24 November tahun lalu menegaskan keputusan berhijab adalah atas kehendak sendiri dan tidak dipengaruhi orang sekeliling.

“Apa salahnya saya bertudung sebab berkahwin? Bertudung itukan satu perkara yang baik. Hasrat bertudung ini sudah lama cuma hati masih belum kuat.

“Saya kuatkan hati untuk menutup aurat pada harijadi ke-29 yang jatuh pada 5 Oktober tahun lalu. Usia semakin meningkat belum tentu saya hidup sampai umur 60 tahun. Saya takut tidak sempat insaf.

“Kebetulan, saya bertudung beberapa minggu sebelum bernikah. Ada baiknya juga sebab tanggungjawab sebagai isteri itu besar. Saya harus betulkan diri sendiri juga,” katanya.

Adiba yang juga adik ipar kepada Johan As’ari berkata, terpulanglah kepada umum sama ada untuk berfikiran positif atau terus memberikan maklum balas negatif.

“Biarlah mereka mahu fikir atau cakap apa pun. Yang penting, saya sedang cuba memperbaiki diri,” katanya.
'Takut tak sempat insaf' 'Takut tak sempat insaf' Reviewed by Kakigosip on 00:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.