Tak ready lagi...

HAMPIR setahun bertunang, pelakon Remy Ishak mengakui dia belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Menurut pelakon yang popular dalam drama Kekasih Paksa Rela di TV3 itu, dia perlu membuat persediaan lengkap termasuk dari segi kewangan sebelum berkahwin.

“Saya kini bekerja keras untuk kumpul duit dan ingin pastikan semuanya berjalan lancar.

“Saya ingin menjadi seorang suami yang bertanggung jawab untuk menjaga keluarga dan bukan sekadar berkahwin saja,” katanya.

Remy ditemui pada majlis pelancaran pakej percutian bersama peminatnya di Kota Damansara di sini, petang tadi.

Pada masa sama, pemilik nama sebenar Muhammad Zalimei Ishak, 36, dia juga berasal dari keluarga yang bercerai berai sebelum ini.

“Sebab itu, saya tidak mahu perkara itu berlaku dalam rumah tangga saya nanti,” katanya.

Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Roszaliza Yusof pada Mei tahun lalu.

Ditanya hubungannya dengan Roszaliza pula, ia mengakui hubungan dengan tunangnya itu ada turun dan naik.

“Saya ingin fokus pada kerjaya dulu. Saya baru 36 tahun, mungkin juga saya akan kahwin pada usia 40 tahun nanti.

“Jika berkahwin nanti, saya juga tidak akan sorokkan dari pihak media,” katanya.
Tak ready lagi... Tak ready lagi... Reviewed by Kakigosip on 00:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.