Tak pasal-pasal saya dipandang serong: Shah Tapaw

PELAKON dan pelawak, Shah Tapaw berang dengan tindakan penulis blog yang mengaitkan namanya dalam satu kes dadah.

Ia susulan kes pelakon dan pelawak tempatan yang ditahan selepas menemui ganja seberat 7.5 gram di kediamannya di Taman Melati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Saya sedar mengenai perkara ini selepas kawan saya share satu screen shot di aplikasi Whatsapp, Jumaat lalu.

"Saya terkejut macam mana berita itu boleh keluar sedangkan saya sibuk menjadi pengacara untuk siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Johor Bahru," katanya kepada Sinar Harian.


Lebih memburukkan lagi, katanya, tajuk berita berkenaan yang mengundang salah faham kepada pembaca.

"Saya dapati artikel di dalam, semuanya OK cuma headline tiba-tiba mengaitkan saya bahkan turut meletakkan gambar saya bersama.

"Malangnya, kebanyakan yang share berita tersebut hanya dapat melalui screen shot sekali gus tak baca artikel penuh.

"Jadi, secara tak langsung, orang lain mengandaikan berita tersebut sebagai benar dan betul," katanya.

Katanya, situasi itu menjadi bertambah rumit apabila semakin ramai bertanyakan perkara sama sekali gus menjejaskan nama baik keluarga selain kerjaya seninya.

"Bukan saja share, tapi ramai juga yang call family bahkan bos saya. Benda ini dah jadi semakin rumit.

"Lagi pula, saya ini public figure yang 'cari makan' dalam bidang ini. Tak pasal-pasal saya dipandang serong dan reputasi pun menjadi teruk," katanya.

Berikutan itu, pemilik nama penuh Mohd Shah Rizal Sulaiman ini membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara, hari ini.

"Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah untuk membersihkan nama saya selain meminta agar penulis blog itu bertanggungjawab ke atas penulisannya," katanya.

Tidak hanya itu, selebriti berusia 28 tahun ini turut membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menghentikan penyebaran berita palsu tersebut.

"Saya juga dah hubungi penulis blog tersebut melalui laman sosial Facebooknya tapi buat masa ini masih tiada maklum balas lagi.

"Sya juga mahu penulis blog tersebut mengemukakan permohonan maaf," katanya yang juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman sekiranya wajar.
Tak pasal-pasal saya dipandang serong: Shah Tapaw Tak pasal-pasal saya dipandang serong: Shah Tapaw Reviewed by Kakigosip on 05:26:00 Rating: 5
Powered by Blogger.