Tak irihati kejayaan Hael

PENYANYI dan pelakon Azhar Osman meminta segelintir netizen agar menghentikan spekulasi mengenai hubungan dengan bekas rakan duo Azhael, Hael Husaini, tidak baik.

Azhar, 29, bahkan menafikan dakwaan bahawa dia bermasam muka dan iri hati dengan kejayaan demi kejayaan diraih pemenang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) itu.

Menurutnya, hubungan mereka tiada masalah langsung dan masih berhubung satu sama lain meskipun haluan sudah berbeza.

“Sejak bersama sebagai Azhael, saya pernah cakap dengan Hael bahawa potensi membawa diri sebagai solo sangat cerah. Dia terbukti berjaya merealisasikannya sekarang dan saya tumpang gembira.

“Macamana timbul isu cemburu atau iri hati itu saya pun tidak tahu kerana selama ini saya memang sentiasa menyokong dia. Kami pun kerap bermesej memberikan kata semangat.


“Tapi biasalah sesetengah orang suka bercakap mengenai apa yang mereka nampak saja. Mereka tidak tahu cerita sebenar terjadi dan tak perlu rasanya kami nak canang-canang di sosial media bahawa kami masih baik.

“Lambat-laun, mereka sendiri akan nampak dan tahu sendiri. Yang penting kita jangan bermasam-muka atau bergaduh dengan orang. Kita buat baik saja dengan semua,” katanya.

Azhar juga mengakui tiada masalah untuk bekerjasama dengan Hael pada masa hadapan dan sedia menyanyikan lagu ciptaan penyanyi serta komposer itu.

“Sejak Azhael lagi saya sudah tahu kebolehan Hael membuat lagu sangat baik. Bahkan saya menyarankan dia membuat lagu untuk kami ketika itu cumanya dia kurang keyakinan lagi.

“Siapa tidak mahu nyanyi lagu ciptaan dia? Bagaimanapun saya kena betul-betul fahami genre terbaik untuk saya terlebih dulu dan mungkin selepas itu barulah boleh berbincang mengenainya,” katanya.

Azhar ditemui pada majlis persandingan rakan artis Fizi Ali dan Shakilla Koriri semalam, bergabung bersama Hael selepas sekian lamanya menyanyikan lagu hit Azhael berjudul Hujung Waktu.

Azhael ditubuhkan pada 2013 dibubar pada tahun lalu apabila Hael membuat pengumuman untuk berundur dan mahu bergerak solo.
Tak irihati kejayaan Hael Tak irihati kejayaan Hael Reviewed by Kakigosip on 06:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.