Tak adil hanya saya dikecam: Aliff Syukri

BIARPUN teruk dihentam, jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengakui tidak serik untuk berlakon lagi.

"Bagi saya, orang kecam saya sebab orang memerhatikan saya.

"Lagi pula, saya pun tak boleh nak puaskan hati semua orang," katanya pada Sinar Harian.

Pengasas jenama D'Herbs ini sekali lagi menerima kecaman teruk netizen gara-gara lakonannya dalam filem Badang.

Lebih memburukkan lagi, ada pula netizen yang mengaitkan perwatakannya yang dikatakan tidak kena dengan watak Badang iaitu karakter mitos gagah perkasa.

"Saya terima dengan hati terbuka untuk menjadi pelakon dan bila filem ini keluar, hanya saya diberi spotlight.

"Memanglah saya pegang watak utama tapi saya juga tak pernah berlakon jadi tak adil apabila hanya saya dikecam, seolah-olah itu adalah filem saya.

"Saya hanyalah talent dan seposen pun saya tak ada kuarkan kos untuk filem ini," katanya.

Secara tidak langsung, keadaan itu membuatkan selebriti berusia 31 tahun ini kecewa sekali gus mengguriskan hatinya.

"Firstly, saya kecewa. Saya rasa mereka tak menonton pun malah tak menilai bakat saya pun tapi hanya pandai memberi kecaman.

"Dah tentu, saya rasa down.  Lagipun, kita dah buat yang terbaik dan bila orang sampai ungkit kita punya cerita-cerita sensitif, saya rasa tak baguslah.

"Kalau tak suka pun lakonan saya itu, janganlah kecam sampai melampau-lampau dan berlebih-lebihan," luahnya.

Selain Aliff Syukri, filem arahan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen itu turut menampilkan

Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor dan Fareez Fauzi.

Filem bergenre adiwira dan aksi komedi itu kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan sejak 15 Februari lalu.
Tak adil hanya saya dikecam: Aliff Syukri Tak adil hanya saya dikecam: Aliff Syukri Reviewed by Kakigosip on 06:01:00 Rating: 5
Powered by Blogger.