Tak Ada Istilah Nak Berlawan Kata Haqiem Rusli!

MENERUSI satu posting yang dimuat naik seorang pengikut di laman Twitter meramalkan penyanyi Naim Daniel bakal menyaingi kehebatan Haqiem Rusli.

Menjawab persoalan tersebut, Haqiem berkata setiap penyanyi mempunyai kehebatan serta keunikan suara tersendiri dan memilih untuk bersaing secara sihat dalam industri muzik ini.

"Dia (Naim) berbakat. Dia sangat berbakat. Tetapi kami tak ada istilah nak berlawan antara satu sama lain.


"Semua ada keunikan masing-masing, memang diakui kami bersaing dalam bidang muzik, tapi persaingan secara sihat," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut di laman tersebut bersetuju dengan pandangan Haqiem dan percaya mereka mempunyai kehebatan tersendiri.

"Bagus... Saya suka cara Haqiem komen begini dan ayuh sebarkan mesej positif. Abaikan sebarang komen negatif dan jangan terlalu memikirkan perkara yang bakal menjatuhkan kita.


"Kamu bagus dalam cara tersendiri dan jangan pernah menyerah kalah. Sentiasa buat yang terbaik untuk peminat dan moga berjaya," komen netizen.

Dalam pada itu, Haqiem turut berkata dia tidak mengharapkan sebarang anugerah sepanjang berkarya dalam industri seni muzik.

Sebaliknya, sokongan diberikan peminat sudah bermakna dan menjadi pemangkin semangat untuk dia terus melakukan yang terbaik.


"Kalau kita tak menang anugerah berasaskan undian, jangan sedih ya. Kamu semua sudah buat sehabis baik sampai penat buat akaun lain untuk undi saya.

"Saya minta maaf, macam saya cakap tadi, anugerah bukan segalanya dalam muzik, kamu semua adalah anugerah saya, sahabat. Terima kasih banyak-banyak," tulisnya lagi.

Dalam perkembangan yang lain, penyanyi lagu Jatuh Bangun ini bakal melancarkan mini album yang mengandungi enam buah lagu tidak lama lagi.

Lebih istimewa, dia turut mencipta sebuah lagu berbahasa Inggeris istimewa untuk peminat berjudul Qiemilio.



Tak Ada Istilah Nak Berlawan Kata Haqiem Rusli! Tak Ada Istilah Nak Berlawan Kata Haqiem Rusli!  Reviewed by Kakigosip on 05:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.