Sylvester Stallone 'meninggal dunia'

TULAR di media sosial berita kematian aktor terkenal Sylvester Gardenzio Stallone atau lebih dikenali sebagai Sylvester Stallone akibat kanser prostat.

Stallone kembali sensasi selepas 18 bulan beliau dilaporkan 'meninggal dunia' pada September 2016 di rumahnya di Los Angeles.

Menurut laporan The Sun, berita 'kematian' itu tercetus apabila aktor tersebut memuat naik poster filem Creed II, siri seterusnya daripada filem Rocky.

Pelayar media sosial memberi pelbagai reaksi terhadap posting tersebut, mereka yang percaya Stallone telah mati turut memuat naik ucapan takziah.

FAKTA

Hakikatnya aktor berbadan sasa itu masih hidup dan dia meminta peminatnya untuk mengabaikan berita palsu tersebut.

Malah abang aktor itu turut tampil mengakui yang adiknya masih hidup.

Berita itu sekadar 'hasil kerja' portal berita yang gemar menyebarkan menyiarkan berita palsu tentang kematian selebriti.
Sylvester Stallone 'meninggal dunia' Sylvester Stallone 'meninggal dunia' Reviewed by Kakigosip on 22:01:00 Rating: 5
Powered by Blogger.