Susah nak tutup mulut orang

PENYANYI remaja, Tajul yang sering dikaitkan dengan penyanyi, Wany Hasrita mahu rakannya itu mengabaikan kritikan dilemparkan terhadapnya sejak minggu lalu.

"AJL (Anugerah Juara Lagu) pertandingan mempunyai saingan besar. Dia patut bersyukur dapat masuk AJL berbanding saya.

"Nasihat saya, biarlah orang nak kata atau kutuk pasal nyanyian dan pakaian Wany pada malam itu," kata Tajul atau Tajul Arif Noor Md Shari, 18.

Penyanyi popular dengan lagu duet berjudul Di Sana Cinta, Di Sini Rindu bersama Wany, berkata masyarakat tidak tahu situasi dialami rakannya ketika itu.

Katanya, mungkin Wany sedang gugup atau sedih lantas membuatkan dia tidak dapat menyanyi dengan betul.

Tajul berkata, alasan pertama kali menjejak pentas besar tidak berasas kerana ramai finalis pernah muncul di AJL berjaya memberikan persembahan dan vokal dengan baik.

Sebelum itu, baju warna merah rekaan pereka muda, Mirol Jonit (modebymiroljonit) digunakan sewaktu menyanyikan lagu Menahan Rindu tular di laman sosial.

Seorang pengguna Twitter memuat naik gambar Wany dan botol air mendapat retweet sebanyak 1,376 kali dan mendapat lebih 900 likes.

Malah baju Wany turut disamakan dengan pembalut gula-gula, watak kartun dan banyak lagi.

Wany turut mendapat kecaman kerana vokalnya dikatakan mengecewakan penonton.
Susah nak tutup mulut orang Susah nak tutup mulut orang Reviewed by Kakigosip on 13:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.