Susah Dapat Watak, Seksanya Jadi Wanita Tinggi

Bekas supermodel yang kini bergelar pelakon, Lee Da Hee mengaku sering berdepan banyak cabaran gara-gara memiliki fizikal yang tinggi.

Bintang drama Secret Love itu berkata, disebabkan ketinggiannya yang 176 sentimeter (5 kaki 9 inci) itu dia terpaksa menjalani diet.

"Oleh sebab saya tinggi dan mempunyai bahu yang lebar, aya akan kelihatan besar jika berat badan saya naik. Perubahan fizikal saya sangat ketara jika saya kurus atau naik berat badan.

"Saya selalu berdiet jadi jika saya dapat mengurangkan berat saya, saya akan kelihatan lebih kecil," dedahnya.

..

Selain itu, ramai yang menyangka dia seorang pemain bola keranjang.

"Dulu, ketika saya masih aktif sebagai model, ada yang bertanya kepada saya adakah saya seorang pemain bola keranjang", tuturnya lagi.

Dia juga mengaku tidak suka dengan saiz kakinya yang besar dek ketinggiannya itu.

Satu lagi cabaran besar bagi dirinya kerana sukar ditawarkan watak. Ini kerana Rata-rata produksi atau penerbit lebih memilih pelakon wanita yang mempunyai beza ketinggian sekurang-kurangnya 10 sentimeter (4 inci) lebih rendah daripada pelakon lelaki yang akan digandingkan kerana kebiasaannya sukar untuk mendapatkan hero yang berketinggian 168 sentimeter (6 kaki 1 inci).
Susah Dapat Watak, Seksanya Jadi Wanita Tinggi Susah Dapat Watak, Seksanya Jadi Wanita Tinggi Reviewed by Kakigosip on 13:29:00 Rating: 5
Powered by Blogger.