Supaya awak tidak tertanya-tanya: Mira Filzah

TIADA angin tiada ribut, pelakon dan pengacara cantik, Mira Filzah menerusi akaun Twitternya mengumumkan untuk ‘berehat’ seketika daripada media sosial.

Keputusan tersebut semestinya mengejutkan para peminatnya sehingga ramai yang tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan Mira  bertindak demikian.

Bagaimanapun, Mira yang juga merupakan pengacara program Nona 2018 ini, menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan netizen.


“Tak ada kena mengena dengan mana-mana netizens, negative comments or fake accounts pun.

“Even daripada dulu ada dah semua tu dan Mira tak pernah kisah.

“Mira cuma bagitahu Mira nak take a break from social media supaya awak awak semua nanti tak tertanya-tanya kalau tiada update. Itu sahaja,” tulisnya di Twitter.


Hasrat tersebut mendapat reaksi yang pelbagai dari para peminat-peminat Mira, di mana ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang kecewa.

Apa pun kita mengharapkan yang terbaik buat Mira dan menghormati keputusan yang dibuat.

Lagipun bukan Mira tutup dan tinggalkan terus media sosial, cuma dia hanya mahu berehat seketika.


Mungkin sekarang Mira terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak ada masa nak mengemas kinikan media sosial miliknya. Jadi sebelum peminat tertanya-tanya, Mira maklumkan  lebih dulu.
Supaya awak tidak tertanya-tanya: Mira Filzah Supaya awak tidak tertanya-tanya: Mira Filzah Reviewed by Kakigosip on 17:37:00 Rating: 5
Powered by Blogger.