Spice Girls kembali

KUMPULAN penyanyi wanita terkenal, Spice Girls kembali bersatu buat kali pertama sejak 2012 apabila mengumumkan rancangan untuk meneroka peluang baru pada masa hadapan.

Fenomena pop era 1990-an itu dianggotai Victoria Beckham, Melanie Brown, Emma Bunton, Melanie Chisholm dan Geri Horner.

Pengumuman itu dibuat ketika mereka berkumpul di kediaman Horner di utara London bersama bekas pengurus mereka, Simon Fuller.

Anggota Spice Girls turut menyiarkan beberapa foto yang dirakam pada pertemuan semula itu.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan oleh pegawai publisiti mereka, kumpulan itu berkata, pertemuan semula itu adalah satu detik indah untuk mengenang semula memori ketika masih bersama.

“Kami sentiasa terharu dengan sambutan hangat yang diberikan oleh peminat dari seluruh dunia terhadap The Spice Girls.

“Ini adalah waktu paling sesuai untuk meneroka peluang baru bersama-sama.

“€œKami juga setuju bahawa ada banyak kemungkinan yang membolehkan The Spice Girls muncul semula, selain menyampaikan mesej pemerkasaan golongan wanita untuk generasi masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan itu.

Album kumpulan berkenaan berjaya dijual sebanyak 85 juta keping di seluruh dunia.
Spice Girls kembali Spice Girls kembali Reviewed by Kakigosip on 15:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.