Sofi Jikan Ditahan, Positif Ganja

Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Lapor Kosmo! suspek diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya. Individu yang turut dikaitkan dalam laporan itu ialah Sofi namun laporan berkenaan tidak didedahkan.

Sofi Jikan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Beberapa jam sebelum ditahan, Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, berkongsi luahan berharap agar Allah akan menunjukkan kebenaran ekoran tuduhan ke atas dirinya.

"Biar Tuhan Yang tunjukkan kebenaran atas tuduhan tersebut. Wa (saya) punya Sengat Fans tahu sapa wa," tulis Sofi.

Status tersebut dimuat naik menerusi laman Instagramnya pada malam, Selasa.
Sofi Jikan Ditahan, Positif Ganja Sofi Jikan Ditahan, Positif Ganja Reviewed by Kakigosip on 13:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.