Sofi Jikan Bersyukur Bebas Tahanan Reman

Selepas tiga hari ditahan reman, pelakon Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Lapor BH online, sebaik saja dibebaskan, Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48 berkata,

"Kasi sengat! Lu rembat wa, wa rembat lu!"

Pelakon filem KL Gangster itu juga berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan mendoakannya sepanjang direman.

"Alhamdulillah, saya dibebaskan hari ini. Saya nak balik rumah dan berehat," katanya kepada pemberita sini, hari ini.

Dalam pada itu Sofi enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari.

"Hanya Tuhan yang tahu.

"Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah," katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili pelakon itu berkata, anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang dalam tahanan reman.

Terdahulu, pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada jam 11 malam Selasa lalu, ketika hadir memberi keterangan berhubung dua laporan polis dibuat Farid Kamil, 37, pada 31 Januari lalu.

Selain Sofi, dua lagi artis turut dipanggil polis bagi memberi keterangan tetapi mereka belum berbuat demikian.
Sofi Jikan Bersyukur Bebas Tahanan Reman Sofi Jikan Bersyukur Bebas Tahanan Reman Reviewed by Kakigosip on 00:51:00 Rating: 5
Powered by Blogger.