Siti Sarah Didik Anak, Orang Lain Pula Jadi Penyibuk

GARA-GARA memaksa anak melakukan ikrar janji kerana membuat kesalahan, penyanyi Siti Sarah Raisuddin menerima kecaman netizen yang mempersoalkan tindakannya itu.

Menurut Siti Sarah, 33, dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak dan apa yang dilakukan itu adalah sebagai peringatan kepada mereka untuk sentiasa berpegang pada janji.

"Ada yang tidak bersetuju apabila saya menyuruh anak berjanji untuk tidak bergaduh dan berasakan alasan janji itu perkara berat bukan boleh dibuat main-main tambahan mereka masih kecil serta belum faham.

"Anak kecil mungkin tak faham janji itu apa, tapi kita harus bagi mereka faham berkenaan janji. Jadi, lama-kelamaan anak itu akan faham tentang janji.


"Sekiranya terjadi lagi pergaduhan, saya akan ingatkan mereka tentang janji yang pernah dibuat dan mereka akan terima hukuman," tulisnya di laman Instagram.

Menerusi video yang di muat naik di laman tersebut, Siti Sarah meminta dua anaknya iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra berikrar supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.

Siti Sarah yang memegang rotan turut memarahi kedua-duanya kerana bergaduh dan memukul antara satu sama lain.


Sementara itu, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak supaya tidak memungkiri janji.

"Apa-apa pun setiap apa yang dilakukan haruslah bermula dengan ibu dan ayah. Seperti saya, apa yang saya janjikan pada anak, saya akan kotakan.

"Saya tidak akan menurut kehendak anak-anak hanya kerana tak nak dengar mereka menangis dan memberikan janji-janji kosong supaya anak tak buat perangai. Sekiranya saya kata tidak, bermakna tidak kerana anak harus dididik," katanya.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Kesetiaan ini turut memohon maaf kepada pengikut di laman tersebut yang terguris hati menyaksikan cara dia mendidik anak-anak.

"Itu hanya sekadar pendapat, maafkan saya sekiranya menguris hati kerana saya juga manusia biasa tidak terlepas dari membuat kesilapan," tulisnya.

Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 500,000 jumlah tontonan dan mendapat pelbagai komen daripada pengikut yang bersetuju dengan cara Siti Sarah menegur anaknya.

Siti Sarah Didik Anak, Orang Lain Pula Jadi Penyibuk Siti Sarah Didik Anak, Orang Lain Pula Jadi Penyibuk Reviewed by Kakigosip on 05:29:00 Rating: 5
Powered by Blogger.