Shukri pandai hargai peminat

Cerita pasal artis sombong dengan peminat selalu saja Cik Pang dengar. Ada kala artis itu tak perasan lantas peminat pun buat pelbagai tanggapan mengenai artis.

Tapi ada juga artis yang sikapnya seakan minta ‘ditampar’. Kadangkala peminat sudah tegur pun si artis boleh buat bodoh, malah lebih teruk menghalau peminat.

Cerita dikongsi teman Cik Pang ini berbeza pula. Katanya, ketika mencuci mata di sebuah pasar raya, dia ternampak pelakon kacak, Shukri Yahya berjalan-jalan bersama isterinya.

Teman Cik Pang hanya pandang dari jauh kerana malu melihat Shukri di depan mata buat kali pertama.

Mungkin perasan teman Cik Pang sedang melihatnya dari jauh, pelakon itu melemparkan senyuman lalu memanggilnya untuk diajak bergambar.

Kata teman Cik Pang, hatinya berbunga-bunga kerana biarpun sudah banyak kali terserempak dengan artis tempatan, inilah pertama kali dia diajak bergambar oleh artis popular.

Malah minatnya terhadap Shukri semakin menebal disebabkan sikap mesra dan ramah yang ditunjukkan pelakon itu.

Seronok Cik Pang dengar kisah-kisah menarik daripada peminat yang dilayan mesra peminat mereka. Di situ boleh nampak kejujuran serta penghargaan artis terhadap peminatnya.

Jangan pula jadi seperti segelintir artis yang hanya hargai peminat apabila ada sesi ramah mesra sahaja tetapi apabila terserempak di luar langsung tidak dilayan.
Shukri pandai hargai peminat Shukri pandai hargai peminat Reviewed by Kakigosip on 06:12:00 Rating: 5
Powered by Blogger.