Sheila Rusly Benarkan Ayda Jebat Muncul Kerana Redza Rosli

PENERBIT drama Sheila Rusly mengakui pelakon Ayda Jebat kerap mengunjungi set penggambaran produksinya JS Pictures yang membabitkan aktor Redza Rosli.

Sheila, 46, berkata dia tiada masalah dengan kehadiran Ayda kerana pelakon drama Dekatkan Jarak Kita itu memiliki hubungan baik dengan pihak produksi.

"Memang Ayda ada datang ke set penggambaran drama Isteri Untuk Diiktiraf, tapi kami tak ada masalah tentang hal itu kerana dia memang rapat dengan seluruh warga produksi JS Pictures.

"Dia boleh datang bila-bila masa ke set dan tak tahu pula benda itu pun jadi isu. Sejujurnya kami warga JS okay sahaja.


"Kedatangan dia tidak mengganggu perjalanan shooting, dia bergaul dengan semua dan tak kacau kami pun," katanya.

Sheila ditemui semasa sidang media Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) di Nate Bistro, Subang, Selangor pada Selasa.

Sebelum ini,  Ayda Jebat sering dilihat menemani Redza di lokasi penggambaran kerana dipercayai cemburu pembabitan aktor itu bersama pelakon wanita lain.


Situasi itu dikatakan menimbulkan perasaan kurang senang orang sekeliling yang berurusan dengan Redza ketika penggambaran.

Sementara itu, Sheila menafikan dia mempunyai masalah peribadi dengan Ayda Jebat dan Redza Rosli dan tidak mengetahui daripada mana munculnya khabar angin kononnya pihak produksi kurang senang dengan mereka.

"Astagfirullahaladzim... saya tak ada masalah pun dengan Ayda atau Redza. Saya pun tak tahu daripada mana datang cerita tersebut. Mereka dah macam anak-anak saya.


"Ayda akan ada penggambaran drama baru bermula 11 Februari ini dan hubungan kami memang rapat. Soal gosip cinta dia Redza, saya tak tahu. Kalau betul Alhamdulillah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sheila Rusli dilantik menjadi panel untuk sesi kelas lakonan program DFKL 2018.

Selebriti serta penggiat drama lain yang turut terbabit ialah Datin Diana Danielle, Erma Fatima, Fauziah Ahmad Daud, Fasha Sandha, Jason Chong, Shahrulezad dan Jason Kok.



Sheila Rusly Benarkan Ayda Jebat Muncul Kerana Redza Rosli Sheila Rusly Benarkan Ayda Jebat Muncul Kerana Redza Rosli  Reviewed by Kakigosip on 05:38:00 Rating: 5
Powered by Blogger.