Sharifah Shahira Kembali Selepas 7 Tahun Tinggalkan Suria

Pelakon dan pengacara Sharifah Shahira tidak melihat kemunculan semulanya selepas tujuh tahun meninggalkan Suria FM bukan satu bebanan bagi menggalas tugas diamanahkan.

Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahira Syed Abu Bakar Al-Khaired, 44, berkata dia menganggap peluang itu membuka ruang untuk dia lebih mengenali penyanyi-penyanyi baru.

"Sebelum ini pun saya tidak pernah berhenti bekerja. Apabila diberikan kepercayaan sekali lagi oleh pihak Suria, saya fikir, kenapa tidak?

"Saya bekerja dalam industri hiburan, jadi bila kita kembali ke radio, sekaligus dapat juga kita kenal penyanyi-penyanyi baru. Tidaklah saya ketinggalan,” kata Shiera .

Shiera ditemui ketika sidang media memperkenalkan penyampai segmen Suria Pagi bersama Fizi Ali dan Zulin Aziz di Caffe Pascucci, Tropicana City Mall, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, menurut Pengurus Program Suria, DJ Lin, Shiera sudah tidak asing dalam industri seni.


Malah, Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, pihaknya yakin dan percaya gabungan baru, Fizi, Zulin dan Shiera akan memeriahkan lagi slot Suria Pagi dengan karakter serta keunikan mereka bertiga.

“Sharifah Shahira bukanlah nama baru dalam industri seni tanah air dan dia juga pernah menjadi salah seorang ahli keluarga Suria suatu ketika dahulu.

“Kami yakin dan percaya gabungan mereka bertiga akan memeriahkan lagi slot Suria Pagi dengan karakter seeta keunikan masing-masing.

“Malah, dengan adanya khidmat penerbit yang berpengalaman, Suria Pagi dijangkakan dapat memberi saingan yang lebih sengit kepada radio-radio berbahasa Melayu dan membawakan nama Suria itu sendiri ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Shiera menyertai Suria selama setahun bermula 2010. Selepas kontraknya tamat pada 2011, dia menyertai Ultra FM yang kini diambil alih oleh Media Prima sebagai Kool FM.

Shiera sudah memulakan tugasnya sejak Isnin bagi menggantikan pelawak Shahrol (Shiro).

Segmen pagi itu keudara setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 5 hingga 10 pagi.



Sharifah Shahira Kembali Selepas 7 Tahun Tinggalkan Suria Sharifah Shahira Kembali Selepas 7 Tahun Tinggalkan Suria Reviewed by Kakigosip on 05:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.