Seo Hyun Jin 'Sebumbung' Dengan Gong Yong

PELAKON Seo Hyun Jin akhirnya memilih agensi yang sama menguruskan kerjaya pelakon Gong Yong iaitu Management SOOP.

Menurut sumber dari Management SOOP mengesahkan pelakon wanita itu sudah menandatangani kontrak dengan agensi tersebut bagi membantu memilih projek lakonannya selepas ini.

"Keputusan ini bagi membantu dia memilih projek lakonan yang boleh menampilkan keunikannya sebagai pelakon.

"Selain itu untuk dapat menguruskan dia dari segi promosi dan kami akan bekerja keras untuk bantu dia lebih berjaya," kata sumber agensi.

Selain Seo Hyun Jin, antara barisan selebriti yang bernaung di agensi tersebut ialah Gong Hyo Jin, Kim Jae Wook, Lee Chun Hee, Jeon Do Yeon, Jung Yoo Mi, Nam Ji Hyun dan ramai lagi.



Seo Hyun Jin 'Sebumbung' Dengan Gong Yong Seo Hyun Jin 'Sebumbung' Dengan Gong Yong Reviewed by Kakigosip on 06:10:00 Rating: 5
Powered by Blogger.